18th June,
2012
New Sabah Time
BEAUFORT:
Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian
baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia,
Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua
Cawangan Umno Kerambai Kebatu.
Beliau
membuat pengumuman itu semasa berucap pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57
kelahiran beliau yang dianjurkan oleh Keluarga, Mayang dan Persatuan Bisaya
Bersatu Sabah (PBBS) yang diadakan di kediamannya pada malam Sabtu.
“Surat
peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada
Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu,” katanya.
Sebelum
ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Umno Bahagian Beaufort
. “Langkah
pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua
peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,”
kata Lajim. Menurutnya
ada pihak telah mencabar beliau dengan berkata “kalau Lajim berani, umumkan
letak jawatan dalam Umno”. Tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran
itu namun saya mencabar pucuk pimpinan berbuat demikian dan Rakyat Klias dan
Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN
atau Umno.
Katanya,
setakat ini beliau masih “pemimpin kerajaan” dan masih meneruskan tugasnya
sebagai pemimpin dalam parti kerajaan bila tiba masanya cabaran-cabaran itu
akan dipertimbangkan.
Kataya,
desakan itu hanya dilontarkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda
peribadi dengan menjadikan Halaman Sosial (Facebook ) sebagai medan untuk
menghentam peribadi beliau terutamanya menjelang PRU ke-13. “Siapa
mereka yang mendesak saya berbuat demikian, jika saya melakukan kesalahan
parti dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk memecat saya, lagipun bukan
mereka yang menentukan masa depan saya, sebaliknya rakyat di kawasan ini,”
katanya ketika berucap di hadapan lebih dari dari 5,000 orang penyokong dari
pelbagai kaum dan agama yang hadir ke majlis sambutan hari jadi di
kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.
Menurut
Lajim, mereka tidak berhak membuat desakan itu sebaliknya beliau menyerahkan
kerjaya dan masa depan politiknya kepada rakyat di kawasan Parlimen Beaufort. “Saya
yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak
akan seramai begini, ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan dan ianya
hanya majlis sambutan harijadi saya dan saya bersyukur serta berterima kasih
atas kehadiran yang sebegini meriah,” katanya.
Tambah
Lajim beliau tidak akan menjadi pemimpin seumur hidup, bagaimanapun jika
rakyat masih mengharapkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan itu
beliau akan meneruskan perjuanganya bagi membela masa depan rakyat khususnya
di kawasan itu. “Dalam
dunia politik ini kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak
pihak tertentu “Yes Man” perjuangan sebenarnya perlu berpaksikan kepada
kehendak rakyat sebagaimana Slogan dalam Gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat di
Dahulukan Pencapaian Diutamakan’,” katanya. Menurutnya,
pihak-pihak yang beragenda ini tidak perlu gusar dan perlu melakukan desakan
untuk beliau keluar dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti kerana
yang menjadi kata pemutus bukannya mereka tapi rakyat. “Tindakan
golongan tertentu yang menimbulkan provokasi ini mencerminkan kebimbangan dan
ketakutan mereka untuk menyerahkan nasib dan masa depan politik mereka yang
bakal ditentukan rakyat apabila tiba masanya,” katanya.
Tambah
Lajim, menyedari golongan ini tidak mendapat sokongan rakyat, mereka cuba
menimbulkan keraguan terhadap wibawa kepimpinan yang ada tetapi pada masa
sama tidak pula menimbulkan bahawa mereka juga mendapat kejayaan di bawah
kerangka yang ada.
“Kelompok
ini hanya berani berselindung di sebalik anarki melalui provokasi fitnah
memfitnah dan adu domba jika benar mereka boleh memimpin beranilah untuk
bersaing di gelanggang demokrasi, pasaran idea dan agenda masa depan negara
berlandaskan kehendak dan pilihan rakyat,” tegas Lajim.
Beliau
berkata bersedialah untuk diteliti dan dihakimi rakyat berdasarkan wawasan,
idea, dasar, program dan rekod pencapaian yang ada. Sambil
memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya demi
kepentingan rakyat di kawasan tersebut selagi khidmat beliau rakyat meskpipun
dalam wadah yang berbeza, Lajim berkata agenda bagi membawa perubahan yang
besar terhadap kehidupan rakyat perlu diteruskan. “Masih
banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan
agar tidak ada kelompongan dalam usia kemerdekaan yang semakin matang rakyat
berhak menikmatinya,” katanya. Di majlis
itu juga, Lajim turut melancarkan Buku Perlembagaan Persatuan Bisaya Bersatu
Sabah (PBBS) edisi kedua.
|
No comments:
Post a Comment