Sunday 24 June 2012

penemuan yg bersejarah ini telah di temuai dri se ekor lembu 3 hari melahir kan anak dan telur ayam yang terpilih telah membantu kita menaikan imun system ;yg sebenarnya bukan colostrum, tetapi extract didalam colostrum. begitu juga telur sama juga secara extract yang sudah di temuai disini kita keliru mengenal nya ada juga setengah penguna mengunakan pil ciostrum itu bukan system imun yg sebenarnya lemak susu lembu yang tidak extract kan

Wednesday 20 June 2012

ingat penyakit aizheimer dikaitkan masalah berlakunya ganguaan sistem imun ,fakta daya ketahanan badan yg disebut (imun)...imun yang di tindas boleh disebabkan sedikit kekurangaan vitamin A didalam badan kita boleh melemahkan sebahgian fungsi imun kita dan obisiti di kaitkan lemah sistem imun kita  jika anda meningkat daya ketahanan badan kita ? anda di kira selamat
transfer factor boleh membantu dan melawan seperti berikut (1

Tuesday 19 June 2012

Lajim letak jawatan Ketua Cawangan Umno


18th June, 2012
New Sabah Time
 
BEAUFORT: Selepas mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Seri Lajim Haji Ukin, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Beliau membuat pengumuman itu semasa berucap pada Majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahiran beliau yang dianjurkan oleh Keluarga, Mayang dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) yang diadakan di kediamannya pada malam Sabtu.
“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu,” katanya.

Sebelum ini Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Umno Bahagian Beaufort . “Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” kata Lajim. Menurutnya ada pihak telah mencabar beliau dengan berkata “kalau Lajim berani, umumkan letak jawatan dalam Umno”. Tetapi saya tidak akan terpengaruh dengan cabaran itu namun saya mencabar pucuk pimpinan berbuat demikian dan Rakyat Klias dan Parlimen Beaufort sudah sedia menanti apa saja tindakan pucuk pimpinan BN atau Umno.
Katanya, setakat ini beliau masih “pemimpin kerajaan” dan masih meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan bila tiba masanya cabaran-cabaran itu akan dipertimbangkan.

Kataya, desakan itu hanya dilontarkan oleh segelintir individu yang mempunyai agenda peribadi dengan menjadikan Halaman Sosial (Facebook ) sebagai medan untuk menghentam peribadi beliau terutamanya menjelang PRU ke-13. “Siapa mereka yang mendesak saya berbuat demikian, jika saya melakukan kesalahan parti dan kerajaan boleh mengambil tindakan untuk memecat saya, lagipun bukan mereka yang menentukan masa depan saya, sebaliknya rakyat di kawasan ini,” katanya ketika berucap di hadapan lebih dari dari 5,000 orang penyokong dari pelbagai kaum dan agama yang hadir ke majlis sambutan hari jadi di kediamannya di Kampung Kaundu Kebatu.

Menurut Lajim, mereka tidak berhak membuat desakan itu sebaliknya beliau menyerahkan kerjaya dan masa depan politiknya kepada rakyat di kawasan Parlimen Beaufort. “Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis malam ini tidak akan seramai begini, ini kerana majlis ini dibuat tanpa jemputan dan ianya hanya majlis sambutan harijadi saya dan saya bersyukur serta berterima kasih atas kehadiran yang sebegini meriah,” katanya.

Tambah Lajim beliau tidak akan menjadi pemimpin seumur hidup, bagaimanapun jika rakyat masih mengharapkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin di kawasan itu beliau akan meneruskan perjuanganya bagi membela masa depan rakyat khususnya di kawasan itu. “Dalam dunia politik ini kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu “Yes Man” perjuangan sebenarnya perlu berpaksikan kepada kehendak rakyat sebagaimana Slogan dalam Gagasan 1 Malaysia ‘Rakyat di Dahulukan Pencapaian Diutamakan’,” katanya. Menurutnya, pihak-pihak yang beragenda ini tidak perlu gusar dan perlu melakukan desakan untuk beliau keluar dan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti kerana yang menjadi kata pemutus bukannya mereka tapi rakyat. “Tindakan golongan tertentu yang menimbulkan provokasi ini mencerminkan kebimbangan dan ketakutan mereka untuk menyerahkan nasib dan masa depan politik mereka yang bakal ditentukan rakyat apabila tiba masanya,” katanya.

Tambah Lajim, menyedari golongan ini tidak mendapat sokongan rakyat, mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap wibawa kepimpinan yang ada tetapi pada masa sama tidak pula menimbulkan bahawa mereka juga mendapat kejayaan di bawah kerangka yang ada.
“Kelompok ini hanya berani berselindung di sebalik anarki melalui provokasi fitnah memfitnah dan adu domba jika benar mereka boleh memimpin beranilah untuk bersaing di gelanggang demokrasi, pasaran idea dan agenda masa depan negara berlandaskan kehendak dan pilihan rakyat,” tegas Lajim.

Beliau berkata bersedialah untuk diteliti dan dihakimi rakyat berdasarkan wawasan, idea, dasar, program dan rekod pencapaian yang ada. Sambil memberi jaminan beliau akan terus berjuang dalam kerjaya politiknya demi kepentingan rakyat di kawasan tersebut selagi khidmat beliau rakyat meskpipun dalam wadah yang berbeza, Lajim berkata agenda bagi membawa perubahan yang besar terhadap kehidupan rakyat perlu diteruskan. “Masih banyak keperluan pembangunan demi kesejahteraan rakyat perlu kita perjuangkan agar tidak ada kelompongan dalam usia kemerdekaan yang semakin matang rakyat berhak menikmatinya,” katanya. Di majlis itu juga, Lajim turut melancarkan Buku Perlembagaan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) edisi kedua.

Apa Dia Transfer Factor

Pengukuh Imun Semula Jadi Yang Terkini

"Transfer Factor adalah protien kecil yang 'memindahkan, kemampuan untuk menjelmakan keimunan berperantaraan sel daripada penderma imun kepada penerima yang tidak imun"

Molecular Medicine, April 6, 2000

Pertahanan Imun Kelas Pertama di Barisan Hadapan

Apabila tekak anda berasa gatal atau anda nampak tanda bilur mula terjadi di sekeliling selumbar kecil, anda sebenarnya sedang melihat kesan strategi pertahanan imun yang amat sofistikated. Simptom suatu penyakit memberitahu kita bahawa pertahanan imun kita telah memulakan serangan balas terhadap sebarang agen berjangkit yang telah memasuki badan kita. Agar dapat berfungsi dengan baik, sistem imun kita mesti beroperasi seperti mesin yang telah diminyaki dengan baik.

Jika Antibiotik Menghampakan Kita, Bagaimana?

Jawapan mudah bagi soalan ini ialah memperkukuhkan pasukan pertahanan badan itu sendiri, Transfer Factor adalah bentuk sokongan imun yang unggul.